Saturday, June 27, 2009

Kaji semula ‘contract farming’

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri ini menyokong sekiranya Kementeri-an Pertanian dan Industri Asas Tani mahu mengkaji semula projek ‘contract farming’ dan ‘mentor mentee’ kerana dipercayai ber-laku penyelewengan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat berkata, pengkajian semula sangat penting bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan terhadap kemudahan diberikan.

Menurutnya, kerajaan memandang serius isu itu bagi menggalakkan penglibatan rakyat dalam bidang pertanian.

“Ia tidak wajar berlaku. Saya kesal jika benar ada penyelewengan di sebalik kemudahan diberikan kera-jaan. Langkah kementerian mengkaji semula kedua projek itu amat dialu-alukan dalam usaha mengatasi masalah tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan mana-mana pihak yang berminat men-ceburi bidang pertanian su-paya mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak ber-wajib terlebih dahulu. - Sinar

No comments:

Post a Comment